10 AMALAN PEMAKANAN SIHAT
Makanan berkhasiat merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga yang mencukupi yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang mencukupi. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit.Ucapan ini sedikit sebanyak membantu saya menyemak cara dan pengambilan makanan saya agar makan dengan lebih bertanggungjawab.
Makanan berkhasiat merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga yang mencukupi yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang mencukupi. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit.Ucapan ini sedikit sebanyak membantu saya menyemak cara dan pengambilan makanan saya agar makan dengan lebih bertanggungjawab.
1. Pengambilan karbohidrat yang secukupnya
Sesetengah dari kita merasakan dan
mempercayai dengan mengambil karbohidrat menyebabkan mereka gemuk dan mampu
mengundang pelbagai penyakit. Ini mendorong mereka bertindak untuk meninggalkan
pengambilan nutrien tersebut secara total serta menggantikannya dengan kaedah
diet lain yang mungkin menyebabkan berlakunya malnutrisi.
2.
Rancang apa yang hendak dimakan
Sekiranya berhasrat untuk mengambil
makan malam yang lebih berat seperti stik dan kentang, kurangkan atau elakkan
pengambilan makanan berdaging dan berkanji untuk waktu makan yang lain dan
begitulah seterusnya. Imbang dan rancang pengambilan kategori makanan.
3.
Makan tengahari semahu anda
Mungkin anda pernah dengar sarapan pagi
adalah penting dan makan dengan banyak untuk memulakan hari anda tetapi ramai
diantara kita yang tidak bersedia untuk makan dalam jumlah yang banyak seawal
pagi. Kebenarannya ialah waktu makan paling penting ialah waktu makan tengahari
di mana sistem penghadaman kita telah bersedia sepenuhnya. Di waktu itu juga
badan amat memerlukan makanan untuk berfungsi sepenuhnya seharian. Namun begitu
makan semahunya bukan bermakna anda boleh makan apa sahaja dalam jumlah yang
banyak tetapi perlulah dirancang dan diimbang sebaik mungkin
4.
Makan makanan berwarna pelangi
Sayuran hijau, oren, anggur, kobis ungu,
lada benggala dan pelbagai warna sayuran dan buah-buahan akan membantu memberi
tubuh badan dengan pelbagai nutrien yang akan membantu melawan penyakit.
5.
Berhenti sebelum kenyang
Makan itu bukan untuk menjadi kenyang
sebaliknya makan itu bertujuan memenuhi keperluan tubuh badan dengan nutrien
yang membolehkan tubuh berfungsi sebaiknya. Praktis ini sememangnya amat
membantu kerana ianya membolehkan sistem pencernaan berfungsi lebih optimum dan
ini dapat mengelakkan dari perut kembung serta mengurangkan kadar risiko
penyakit berkaitan usus dan perut.
6.
Tetapkan pola waktu makan yang seragam
Waktu makan yang tidak tetap akan
menyebabkan kecenderungan untuk makan dalam kuantiti yang yang banyak
7.
Minum segelas air suam 20 minit sebelum
makan
Mampu mengurangkan jumlah makanan yang
diambil serta membantu sistem penghadaman.
8.
Kurangkan pengambilan gula di dalam
makanan
Pengurangan pengambilan gula membantu
mengurangkan jumlah kalori di dalam pemakanan seharian. Pengambilan gula secara
berlebihan dalam jangka masa panjang boleh meningkatkatkan berat badan dan
menyebabkan obesiti.
Di dalam air liur terdapat enzim amalyse
yang membantu menguraikan makanan dan seterusnya membantu sistem pencernaan.
Makan dengan cepat akan menyebabkan air liur tidak dapat menguraikan makanan
dengan baik.
10. Tidur secukupnya
Amalkan tidur yang secukupnya bagi mempastikan tubuh badan dapat berfungsi
dengan baik termasuk sistem penghadaman.
done..sarat info.
ReplyDeletedone..sarat info.
ReplyDelete